Kudos riburibu lemon
Hujung minggu datang lagi. Selama ini, aku memang tak sabar tunggu hujung minggu. Kalau boleh jarum jam tu nak aku pusingkan dengan jari saja. Hari-hari yang membosankan dan amat penat buat aku rasa begitu. Tak sabar untuk keluar meringankan kusut di kepala.
Tapi, kali ini mungkin sedikit berbeza.
Kontrak aku mungkin tamat pada hujung Disember tahun ini. Tapi, esok adalah hari terakhir aku di sekolah, walaupun aku bertugas pada 3 Disember ini untuk menguruskan para pelajar yang menduduki SPM ia tidak sama seperti hari-hari biasa yang aku telah lalui. Tuhan ( dan Jabatan Pelajaran Selangor) saja tahu sama ada aku ini layak atau tidak untuk teruskan pejuangan yang tak seberapa ini sebagai seorang pendidik. Tuhan (dan Jabatan Pendidikan Selangor) saja tahu di mana akan aku di tempatkan selepas ini (jika layak untuk sambung). Hujung minggu kali ini buat aku sedikit sedih, barangkali. Bila aku sedar, aku teramat sayang kerjaya yang aku pikul sekarang. Bila aku sedar, aku teramat sayang berada di samping pelajar-pelajar aku. Bila aku sedar, aku juga amat sayang rakan sekerja aku- para guru yang amat kuat dan kental ( I love ‘em iron ladies and men!)
Teringat aku, mula-mula aku di tempatkan di situ. Betapa marahnya aku. Buktinya di sini dan juga sini. Aku tidak pernah mahu jadi guru. Jangan. Aku tidak pernah suka. Aku serabut dengan budak-budak. Aku juga sedar yang aku tidak pandai dalam memberi ilmu kepada orang lain biar macam mana bijak sekali pun aku. Jadi, aku rimas.
Tapi, kali ini mungkin sedikit berbeza.
Hidup aku sebenarnya lebih gembira. Aku yang dulu penuh dengan segala masalah-masalah yang kadang kalanya tidak wajar difikirkan pun. Sekarang, aku tak pernah berhenti daripada senyum. Walaupun, aku tahu betapa lesu dan penatnya aku dengan kerja-kerja yang perlu aku siapkan. Tapi, aku rasa aku amat gembira dan amatlah rugi jika aku terlupa untuk senyum pada setiap langkah ke mana-mana saja aku pergi, atau pada siapa-siapa saja yang bakal aku tembung.
Kerjaya ini cukup mulia daripada pandangan mata aku. Ya, aku tahu aku belum lagi sampai ke tahap sebagai seorang guru yang disayangi semua. Tapi, nilai yang aku kagum itu sedikit sebanyak ada pada setiap guru-guru yang aku kenal. Di sini, aku belajar untuk bergaul dengan pelbagai lapisan orang yang umur mereka sebaya dengan ibu dan bapa aku, makcik-makcik aku, senior-senior setahun ke empat tahun, junior dan super-duper junior (pelajar-pelajar!). Di mana selama ini, aku hanya akan bercakap dengan rakan sebaya, atau mungkin tua dan muda setahun dua daripada aku. Even dengan makcik dan pakcik aku pun aku jarang berbual. How patheticI I was.
Tapi, kali ini mungkin sedikit berbeza.
Banyak aku belajar bila aku luaskan minda aku. Open minded. Aku belajar macam-macam jenis perangai. Dan tentang hidup. Bila aku cuba berkawan dengan pelajar. Kenal diri mereka, dan latar belakang keluarga mereka. Seolah-olah melihat cermin di masa lampau. Aku dulu tidak kurang hebatnya (nakal) semasa aku di zaman persekolahan. Lebih kurang. Aku seperti mahu mendekati mereka dan berpesan “ kamu tidak akan ke mana jika teruskan perangai macam ini. Bila kamu dah dewasa, baru kamu akan sedar betapa pentingnya pelajaran itu. Ayat klise orang dewasa dan tidak punya kerja yang bagus- aku tak pandai macam kau..” . Tapi, tak tergerak aku untuk lakukannya. Come on, mereka baru 14. Banyak lagi yang mereka belum faham tentang hidup.
Aku pasti akan amat merindui masa-masa aku memerah otak untuk menulis rekod mengajar, kealpaan aku mengambil buku kedatangan pelajar, melempang pelajar, membaling kerusi meja, menjadi serigala jadian dengan membuat muka segarang yang mungkin (the hardest part!), memberi nota dua ke tiga kali papan putih tanpa sebarang penerangan sehingga habis marker pen dalam satu hari, proses aku menjadi separa gila semasa menanda kertas peperiksaan dan ujian pelajar, saat aku tergelak membaca karangan yang tunggang langgang daripada pelajar Cina dan India, lambat ke meeting (kerana terlupa!), menjadi orang yang paling kelam kabut kerana masuk pertengahan tahun dan perlu catch up kerja-kerja yang guru lama tinggalkan secepat mungkin, mencarut akibat ketidakpakaran mengajar bidang yang kali terakhir aku ambil tahu iaitu 8 tahun lepas, perasaan ingin menambah koleksi baju kurung (selama ini hanya pakai masa kenduri sahaja, itu pun kalau rajin untuk ke sana!) dan yang paling penting berjumpa dengan orang-orang yang hebat ini iaitu guru-guru yang selalu buat hari-hari aku penuh makna dan banyak berbeza daripada yang sebelum.
Aida, Ira, Khai, Ina, Syu dan Hadi – rakan seperjuangan GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) yang (amat) hebat. Aku harap dapat jumpa mereka lagi tahun depan. Masni, Farehan, Kak Na, Kak Syatirah, Farah – guru-guru posting yang tak pernah lokek untuk kongsi segala macambenda. Kak Milah dan Kak Nora – “orang-orang besar sesi petang” yang selalu beri aku tunjuk ajar dan sering back up kami yang mentah-mentah ini. Kak Tun, Kak Mai, Kak Aida, Kak Indah, Kak Sumayyah, Kak Anis, Kak Ju, Kak Bad, Kak Fai, Kak Rosliza, Mrs. Kwok, Pn. Indira, Cikgu Rahman, Cikgu Rohaizat, Cikgu Nasir, Kak Mazila, Kak Thuraiya, Kak Maswani, Kak Wani dan semua guru SMK Ideal Heights, merekalah yang buat hari-hari aku amat bermakna dan buat aku renung balik diri aku daripada perspektif yang amat berbeza. Terima kasih yang tak terhingga. Maklumlah, aku ini sangat mentah, dan langsung tak matang. Kadang-kadang ada perangai aku yang terpaksa dipantau supaya pelajar tak perasan ketidakmatangan aku itu. Oh!
Kak Hajjah,Kak Aishah, Kak Siti dan Kak Azila – tulang belakang sekolah yang menguruskan semua dokumen-dokumen dan hal-hal remeh kemasukan aku ke situ. Terima kasih kerana sudi layan loyar buruk aku dan perangai aku yang tak semenggah itu. Aku hanya mahu memberi sedikit hiburan kepada mereka- itu niat aku. Hahaha. Kak Zura – kakak di kantin yang dah tahu apa yang aku nak makan. Sejenis hiburan untuk aku ke kantin. Buat aku mengubah persepsi aku terhadap orang-orang kantin yang kerek (mungkin dulu sebab aku pelajar, kerek-ness is a must!). Akhir sekali, orang-orang besar sekolah yang sentiasa sibuk nak pastikan sekolah dalam bentuk yang paling memuaskan, Pn. Jamilah, Pn. Rasyidah, Dr. Saroji, Pn. Mahesh (Panitia Bahasa yang sangat awesome!) and others that I don’t mention.
Ok, ini sudah cukup panjang. Banyak terimakasih yang aku perlu ucapkan. Kalau ia sejenis benda yang boleh berpindah melalu medium naluri, pasti mudah untuk sampai. Aku mahu jadi pendidik lagi, please?

















bdak kecik!, salam..
kan gue da cakap kat lu..best gle jadi cikgu!..
bersyukur dpt peluang join salah satu kerjaya yg best dlm doniaa…;-)
take care..~..