Darah Tinggi.

Lelaki Melayu 1 meletakkan kain buruk di atas kepala seorang Lelaki Cina.

Kelas menjadi riuh tiba-tiba.

Dengan sorakan,
ejekan,
dan
pelbagai suara-suara provokasi untuk
perbalahan.

Lelaki Cina berang. Lalu memukul Lelaki Melayu 1 tadi.

Lantas, Lelaki Melayu 2 bangun, berteriak dan menerpa ke arah Lelaki Cina.

“Woi Cina!! Siapa suruh kau pukul Melayu, hah??!”

Dah lama si gadis di depan bersabar dengan gelagat pelajar-pelajarnya.
Tapi ini sudah lebih.

“DIAM!! KENAPA CINA TAK BOLEH PUKUL MELAYU,
KALAU BANGSA AKU SENDIRI PERANGAI MACAM SETAN?!!”

“Apa Cina? Apa Melayu? Apa India?”
“Aku tak mahu dengar lagi kau sebut-sebut benda tu!”

Kelas menjadi sunyi tiba-tiba.

~ by hunnydippz on August 14, 2009.

Leave a Reply