Hujung minggu datang lagi. Selama ini, aku memang tak sabar tunggu hujung minggu. Kalau boleh jarum jam tu nak aku pusingkan dengan jari saja. Hari-hari yang membosankan dan amat penat buat aku rasa begitu. Tak sabar untuk keluar meringankan kusut di kepala.
Tapi, kali ini mungkin sedikit berbeza.
Kontrak aku mungkin tamat pada hujung Disember tahun ini. Tapi, esok adalah hari terakhir aku di sekolah, walaupun aku bertugas pada 3 Disember ini untuk menguruskan para pelajar yang menduduki SPM ia tidak sama seperti hari-hari biasa yang aku telah lalui. Tuhan ( dan Jabatan Pelajaran Selangor) saja tahu sama ada aku ini layak atau tidak untuk teruskan pejuangan yang tak seberapa ini sebagai seorang pendidik. Tuhan (dan Jabatan Pendidikan Selangor) saja tahu di mana akan aku di tempatkan selepas ini (jika layak untuk sambung). Hujung minggu kali ini buat aku sedikit sedih, barangkali. Bila aku sedar, aku teramat sayang kerjaya yang aku pikul sekarang. Bila aku sedar, aku teramat sayang berada di samping pelajar-pelajar aku. Bila aku sedar, aku juga amat sayang rakan sekerja aku- para guru yang amat kuat dan kental ( I love ‘em iron ladies and men!)
Teringat aku, mula-mula aku di tempatkan di situ. Betapa marahnya aku. Buktinya di sini dan juga sini. Aku tidak pernah mahu jadi guru. Jangan. Aku tidak pernah suka. Aku serabut dengan budak-budak. Aku juga sedar yang aku tidak pandai dalam memberi ilmu kepada orang lain biar macam mana bijak sekali pun aku. Jadi, aku rimas.
Tapi, kali ini mungkin sedikit berbeza.
Hidup aku sebenarnya lebih gembira. Aku yang dulu penuh dengan segala masalah-masalah yang kadang kalanya tidak wajar difikirkan pun. Sekarang, aku tak pernah berhenti daripada senyum. Walaupun, aku tahu betapa lesu dan penatnya aku dengan kerja-kerja yang perlu aku siapkan. Tapi, aku rasa aku amat gembira dan amatlah rugi jika aku terlupa untuk senyum pada setiap langkah ke mana-mana saja aku pergi, atau pada siapa-siapa saja yang bakal aku tembung.
Kerjaya ini cukup mulia daripada pandangan mata aku. Ya, aku tahu aku belum lagi sampai ke tahap sebagai seorang guru yang disayangi semua. Tapi, nilai yang aku kagum itu sedikit sebanyak ada pada setiap guru-guru yang aku kenal. Di sini, aku belajar untuk bergaul dengan pelbagai lapisan orang yang umur mereka sebaya dengan ibu dan bapa aku, makcik-makcik aku, senior-senior setahun ke empat tahun, junior dan super-duper junior (pelajar-pelajar!). Di mana selama ini, aku hanya akan bercakap dengan rakan sebaya, atau mungkin tua dan muda setahun dua daripada aku. Even dengan makcik dan pakcik aku pun aku jarang berbual. How patheticI I was.
Tapi, kali ini mungkin sedikit berbeza.
Banyak aku belajar bila aku luaskan minda aku. Open minded. Aku belajar macam-macam jenis perangai. Dan tentang hidup. Bila aku cuba berkawan dengan pelajar. Kenal diri mereka, dan latar belakang keluarga mereka. Seolah-olah melihat cermin di masa lampau. Aku dulu tidak kurang hebatnya (nakal) semasa aku di zaman persekolahan. Lebih kurang. Aku seperti mahu mendekati mereka dan berpesan “ kamu tidak akan ke mana jika teruskan perangai macam ini. Bila kamu dah dewasa, baru kamu akan sedar betapa pentingnya pelajaran itu. Ayat klise orang dewasa dan tidak punya kerja yang bagus- aku tak pandai macam kau..” . Tapi, tak tergerak aku untuk lakukannya. Come on, mereka baru 14. Banyak lagi yang mereka belum faham tentang hidup.
Aku pasti akan amat merindui masa-masa aku memerah otak untuk menulis rekod mengajar, kealpaan aku mengambil buku kedatangan pelajar, melempang pelajar, membaling kerusi meja, menjadi serigala jadian dengan membuat muka segarang yang mungkin (the hardest part!), memberi nota dua ke tiga kali papan putih tanpa sebarang penerangan sehingga habis marker pen dalam satu hari, proses aku menjadi separa gila semasa menanda kertas peperiksaan dan ujian pelajar, saat aku tergelak membaca karangan yang tunggang langgang daripada pelajar Cina dan India, lambat ke meeting (kerana terlupa!), menjadi orang yang paling kelam kabut kerana masuk pertengahan tahun dan perlu catch up kerja-kerja yang guru lama tinggalkan secepat mungkin, mencarut akibat ketidakpakaran mengajar bidang yang kali terakhir aku ambil tahu iaitu 8 tahun lepas, perasaan ingin menambah koleksi baju kurung (selama ini hanya pakai masa kenduri sahaja, itu pun kalau rajin untuk ke sana!) dan yang paling penting berjumpa dengan orang-orang yang hebat ini iaitu guru-guru yang selalu buat hari-hari aku penuh makna dan banyak berbeza daripada yang sebelum.
Aida, Ira, Khai, Ina, Syu dan Hadi – rakan seperjuangan GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) yang (amat) hebat. Aku harap dapat jumpa mereka lagi tahun depan. Masni, Farehan, Kak Na, Kak Syatirah, Farah – guru-guru posting yang tak pernah lokek untuk kongsi segala macambenda. Kak Milah dan Kak Nora – “orang-orang besar sesi petang” yang selalu beri aku tunjuk ajar dan sering back up kami yang mentah-mentah ini. Kak Tun, Kak Mai, Kak Aida, Kak Indah, Kak Sumayyah, Kak Anis, Kak Ju, Kak Bad, Kak Fai, Kak Rosliza, Mrs. Kwok, Pn. Indira, Cikgu Rahman, Cikgu Rohaizat, Cikgu Nasir, Kak Mazila, Kak Thuraiya, Kak Maswani, Kak Wani dan semua guru SMK Ideal Heights, merekalah yang buat hari-hari aku amat bermakna dan buat aku renung balik diri aku daripada perspektif yang amat berbeza. Terima kasih yang tak terhingga. Maklumlah, aku ini sangat mentah, dan langsung tak matang. Kadang-kadang ada perangai aku yang terpaksa dipantau supaya pelajar tak perasan ketidakmatangan aku itu. Oh!
Kak Hajjah,Kak Aishah, Kak Siti dan Kak Azila – tulang belakang sekolah yang menguruskan semua dokumen-dokumen dan hal-hal remeh kemasukan aku ke situ. Terima kasih kerana sudi layan loyar buruk aku dan perangai aku yang tak semenggah itu. Aku hanya mahu memberi sedikit hiburan kepada mereka- itu niat aku. Hahaha. Kak Zura – kakak di kantin yang dah tahu apa yang aku nak makan. Sejenis hiburan untuk aku ke kantin. Buat aku mengubah persepsi aku terhadap orang-orang kantin yang kerek (mungkin dulu sebab aku pelajar, kerek-ness is a must!). Akhir sekali, orang-orang besar sekolah yang sentiasa sibuk nak pastikan sekolah dalam bentuk yang paling memuaskan, Pn. Jamilah, Pn. Rasyidah, Dr. Saroji, Pn. Mahesh (Panitia Bahasa yang sangat awesome!) and others that I don’t mention.
Ok, ini sudah cukup panjang. Banyak terimakasih yang aku perlu ucapkan. Kalau ia sejenis benda yang boleh berpindah melalu medium naluri, pasti mudah untuk sampai. Aku mahu jadi pendidik lagi, please?
Posted in Cerita | Tagged kudos, teacher, thank you | 1 Comment »
Render me,
with the best of every mad single’s mom image.
Whilst I’m at the verge of every pathetic epic.
I shall breathe that dying and rotten hopes and dreams.
As I’m cutting through that thin layer of an unruly air.
Spare me that ragged parachute.
Spare me your compassion.
Your blank emotion.
At least,
I would have the chance to bounce back.
Even though I am crippling half of this limb.
I won’t stop leaping.
I won’t stop leaping.
Posted in Poems | Tagged leap of faith | Leave a Comment »

I always feel that I have turned into somebody else once I entered the school compound. Mature, that know-it-all look, strict and many others teacher’s supposed-to-be attitudes. I never faked it, though I might look very different- characteristically. Even though I was practically being hypocrite, but that never made me feel like I was doing it intentionally. The surroundings and people make me do this, it happens so natural. The most important thing which is so weird, I am being so nice towards kids! That’s a record. The fact is I hate social-climbers’ adolescents (off record). But now, I think I might wanna give them a second chance. They have made me change my perception about young kids in a few ways. One thing about me that will always remain the same – that craziest bitch . Come on, I am 23. My body and soul refuse to gobble down that makcikmakcikmak pengantin ‘s attitudes. That’s the saddest, ok. Because of that, these youngsters love yaw!!
Reality check :
Mature (Hahaha! Currently I am working on being independent. I can say that I am actually 30% mature and still counting.)
That know-it-all look (does anybody here know that I am a COMPLETE IGNORANT?)
Strict (I was a rebellious student back when I was in school, what makes you think that I am gonna follow the rules? I don’t even pay the summons, I rip them up. For the off record – I even kept the students’ mobile phones so that they didn’t get caught – “spot check!”)
But hey, I think I am in love with my job. I love being in these two different worlds. Because I believe that everywhere you go you must learn how to fit in. You must. Masuk kandang harimau, kau kena mengaum. Kalau kau mengembek… ha.. lu pikir la sendiri. Assalammualaikum!.
Posted in Cerita | Tagged both worlds | Leave a Comment »

Enough.
Remove your make-ups.
Take off your wig.
Those fake tears, I am not buying it anymore.
Stop this drama.
You might be different,
but you’re playing that usual roles.
Stop this drama.
And we, just a bunch of norms-
but in an unlikely circle.
So, stop this drama.
Your script is so last year.
Enough.
Stop this drama.
Show’s over.
You can all go home now.
Posted in Misc | Tagged drama | Leave a Comment »
Sekali tersilap, aku tak hirau.
Sekali lagi buat silap, aku kerling tajam.
Lagi sekali buat silap, aku beri satu amaran.
Sekian kalinya kau tersilap, aku teriak amaran kedua.
Aku harap ini kali terakhir kau men-sengajakan silap itu,
*Paaaaannngg*
Macam mana?
Apa perasaan makan penampar aku tadi?
Hentikan provokasi.
Aku pantang.
Aku tak perlu orang ulang apa yang aku arah.
Cukup sekadar aku sahaja. Period!
Lagi sekali kau (siapasiapa) ulang,
Mungkin sampai ke tahap pekak
aku kerjakan.
Ps: Aku tahu kau tak buat silap, tapi kau berusaha untuk menjengkelkan aku bukan?
Yang Benar,
Cikgu yang marah!!
Posted in Cerita | Tagged mad, student, teacher | 1 Comment »

These are some of the quotes from the movie that really cracked my head.
Genius!
*clap*clap*
Needy Lesnicky:
Jennifer’s evil.
Chip Dove:
I know.
Needy Lesnicky:
No. I mean, she’s actually evil. Not high school evil.
Needy Lesnicky:
I will finish you if I have to.
Jennifer Check:
Ok, you can barely finish gym class.
Jennifer Check:
I think the singer wants me.
Needy Lesnicky:
Only because he thinks you’re a virgin. I heard them talking.
Jennifer Check:
Yeah, right. I’m not even a backdoor-virgin anymore, thanks to Roman. By the way, that *hurts*. I couldn’t even go to flags the next day. I had to stay home and sit on a bag of frozen peas.
Jennifer Check:
I just got Aquamarine on DVD. It’s about a girl who’s, like, half sushi. She must’ve had sex with a blowhole or something.
Jennifer Check:
[Having been stabbed in the stomach and bleeding profusely] Got a tampon?
Needy Lesnicky:
[after Colin asks Jennifer out] Colin’s really nice.
Jennifer Check:
He listens to maggot rock. He wears nail polish. My dick is bigger than his.
Jennifer Check:
I’ll just play hello titty with the bar tender.
I just think that this movie is so funny. Eventhough it is supposed to dark comedy/horror movie. But it made me laughed.
Megan Fox is awesome.
Go, go watch it!!
4.5/5 stars
Posted in movie | Tagged jennifer's body | Leave a Comment »
Kalau duludulu, aku selalu ditegur bila tak mesra dengan orang sekeliling. Bukan tak ramah, pemalu lah kononnya. Barangkali otak aku memang agak lembab untuk mulakan apa-apa perbualan, aku rimas mahu fikir topik apa mahu dibual. Oleh itu, eye contact amat dilarang dalam hidup aku dulu. Sebab aku tak mahu mulakan apa-apa perbualan dengan siapasiapa. Kalau pulang ke kampung dengan makcikmakcik aku pasti jadi amat ralat, kerana dengan orangorang tua ni lagilah payah bagi aku untuk masuk. (-_-”). Tapi, itu dulu. Aku belajar. Cuba kayuh pelanpelan. Dulu memang keyakinan aku di tahap kosong. Sekarang aku sudah mampu berjalan tanpa memandang lantai dan kaki sahaja. Tak susah. Longgarkan otot-otot muka untuk ukir senyuman dengan orang sekeliling, ringankan mulut untuk bercakap. Biar sekadar “Hai” sekalipun. Itu sudah lebih daripada memadai. Yang menghairankan aku, masih ramai lagi orang yang masih belum sedar. Kalau umur setahun jagung, ada toleransi untuk aku tidak pertikai. Ini, belajar kadangkadang lebih tinggi daripada aku, umur pula darab dua kali umur aku. Kalau disapa, apa salahnya paling kurang pun senyum. Kalau muka buat donno and tak dengar sahaja sapaan kita, boleh lagi aku bersabar walaupun dalam hati aku rasa mahu hempas je muka dia kat dinding, ini boleh pula dibalas dengan nada yang seolah-olah kita ni musuh no.1 negara. Hmmmmppphh (dengan nada tak puas hati). Wah, macam ni pun ada kan. Sesen duit kau pun aku tak minta, sayang air liur barangkali. Aku ada banyak lebih, kau mahu? Aku boleh ludahkan.
SENYUM lah.
Itu bahasa yang paling manis, bukan?
Posted in Just me | Tagged smile | 2 Comments »

It has been awhile since the last movie I saw in the cinema.
There are tons of great movies I have missed. Damn.
I know it’s kinda lame to watch movie which has been aired few weeks back.
But, like I care!
I miss thriller/horror movies.
Nevertheless,
Sorority Row
failed to satisfy my hunger.
hahahaha! (evil laughter)
Rating: 3/5 stars
Why it’s HOT: I think that the killing weapon is so cool. It is a modified handle for a car part. That’s vicious yaw! The idea of ways to kill those sororities and others is dope. Bottle down the throat is going to be my favorite method! haaha!
Why it’s NOT: More actions, please? It didn’t really trigger my ass to move here and there during the whole movie. Ergh! Kill more. More blood. Less the cat fighting, and the oh-so-we-are-guilty-we-should-have-reported-this-murder-to-the-authorities scenes.
Verdict : The murderer reminds me of the killer in the Urban Legend and Scary Movie (hooded man). Oh, so whatever. It’s an OK movie. Just OK to those who doesn’t really fancy extreme blood scenes, it’s just a mild thriller movie.
FootNote: I am hungry for blood!! miaaaahahahahahaha
Posted in movie | Tagged sorority row | Leave a Comment »

“I love you, and I do care about you“
“NO!!!”
Now all I gotta do is to learn how to say no.
to reject the unnecessaries.
to object.
to disagree.
to start thinking more about myself, and less about others.
to even let myself breathing in my own space
to even let myself breathing in my own space
to even let myself breathing in my own space
Posted in Just me | Tagged say no | 3 Comments »

















